Saturday, January 2, 2010

Segalanya sudah bermula..

Tarikh & Lokasi:
29.05.2009, Surau Al-Hidayah, Tmn Serai Jaya, Bg. Serai
31.05.2009, Taman Serai Jaya, Bg. Serai
14.06.2009, Taman Mewah, Kamunting
Assalammualaikum..
Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


Alhamdulillah..akhirnya dpt jugak kami merealisasikan sebuah blog yg menceritakan pengalaman kami ketika melakukan aktiviti merakamkan apa saja foto2 yg boleh dijadikan kenangan terindah.
Sebenarnya, aku ngan abang mmg sgt suka merakamkan gambar, suka bergambar dan suka membelek gambar. Jadi, utk perkara-perkara ni...kami mempunyai minat yg sama.
Ada org suka bergambar aje. Ada jugak yg suka mengambil gambar sj tapi bila disuruh bergambar..dia jadi pemalu. Ada jugak jenis yg suka bergambar tp suka tgk gambar sendiri aje, hehe. Tp kitorang ni mmg suka membelek gambar tak kira ler gambar sapa pun, hehe.


Hobi aku ni dh ada sejak kecik2 lagi. Masa tu zaman 80'an. Waktu tu kamera kan mahal..jadi mak aku cuma mampu menyewa kamera di Kedai Gambar Capital, Bentong setiap kali nak Aidilfitri mahupun bercuti ke mana2. Kedai gambar tu bg pinjam kamera dia paling lama pun tempohnya adalah seminggu. Tapi kamera tu mmg spesel..sebab dgn hanya menggunakan filem 36 kpg..ia boleh menjadi sehingga 72 kpg jika semua gambar menjadi. Ini bermakna kamera tu boleh menggandakan gambar dlm satu roll filem tersebut. Sehingga ke aku dok asrama vokay pun..aku berkongsi ngan kawan2 utk menyewa kamera tersebut. Tu juga antara satu sebab kenapa aku mempunyai byk gambar nostalgia, hehe..

Abang pulak...mmg dh biasa ngan kamera SLR-NIKON jenis taruk filem tu pasal maknya ada sebijik ngan lens, speedlight dan beberapa kit lagi. Pastu..mereka juga pernah memiliki beberapa kamera video Sony. Abg adalah antara yg kerap menggunakannya.

Sehinggalah aku dan suami dipertemukan jodoh..kami meneruskan minat tersebut dgn membeli sendiri kamera menggunakan filem utk merakamkan gambar aktiviti kami sekeluarga.

Pernah jugak hilang sebijik kamera jenis Canon apabila kereta kami telah dipecahmasuk ketika parkir di Subang Parade.

Kemudian, beli yg baru jenis Olympus sebab dah biasa bergambar. Rasa tak syok takde kamera..ngee.

Sehinggalah muncul pula kamera digital still. Kami memperoleh kamera digital yg pertama dengan membelinya di Kompleks Samudera, Langkawi tahun 2003 dgn harga RM699 jenis Olympus.
Kemudian membeli kompek Olympus yg lebih baik di PIKOM PC Fair, Taiping pd tahun 2005 dgn harga RM1199.

Di samping mempunyai kamera digital still, kami juga mempunyai video cam Sony jenis menggunakan tape. Tapi lepas lebih 5tahun menggunakannya..ia mula buat pe'el elok2 lepas digunakan ketika selesai membuat dvd kawen Fadel.
Akhirnya kitorang beli pulak jenis HD dari Panasonic Mei 2008 sebab nak guna gi Langkawi bln Jun 2008 tu, hehe. Alhamdulillah..guna lg sampai skang.

Disebabkan kitorang ni lebih dikenali ngan video-cam makanya kami byk diundang utk merakamkan gambar video daripada mengambil gambar still ni. Tambahan pulak kitorang tak punya kamera slr utk mengambil perkhidmatan photog di majlis2 perkahwinan. Takkan nak guna kamera biasa mahupun kamera kompek pulak, kan?? Utk majlis sendiri2 tak mengapa laa.

Jadi, kami cuma mengambil perkhidmatan merakamkan video sj. Itu pun cuma di kalangan sahabat handai mahupun saudara mara. Sebabnya..kami sekadar suka2 memenuhi hobi sambil mengeratkan lagi sillaturrahim.
Tetapi kami tetap mengambil gambar still dgn menggunakan kamera kompek utk dimasukkan ke dlm vcd tersebut sebagai tayangan slide pada penghujung visual sebagai kelainan.


Nak dijadikan cerita dan sudah tertulis itu rezeki kami..pd penghujung bulan April 2009 yg lalu kami mempunyai dua permintaan sekaligus dari salah seorang mak saudara yg bakal mengadakan majlis perkahwinan anak terunanya. Iaitu mengambil gambar video dan gambar still sekaligus. Beliau memberi tanggungjawab itu utk kami berdua menggalasnya. Dengan kepercayaan yg diberi..kami mula mengorak langkah yg pertama iaitu dgn mengeluarkan sejumlah duit simpanan masing2 utk berkongsi membeli sebuah kamera DSLR. Model D60 aje yg paling mampu pun, hehe.

Dengan cuma menggunakan set kamera kit ketika pembelian dan dibantu dgn speedlite yg dipinjam dari ibu mentua..kami menggunakan segala kelebihan kamera DSLR itu dgn seni dan cinta kepada fotografi yg kami ada utk menjayakan tanggungjawab yg telah dipertanggungjawabkan ketika majlis pernikahan, persandingan pihak pempuan dan persandingan pihak lelaki pada cuti sekolah pertengahan tahun 2009 hari tu.


Alhamdulillah, segalanya berjalan sebaiknya. Mak saudara kami serta pengantin sangat berpuashati dgn hasil kerja kami. Berpuashati dgn kedua-duanya..baik vcd mahupun album gambar sticky tersebut..


Dengan permulaan yg baik..kami rasakan 'projek' dari mak sedara kami ni sebagai pintu atau landasan utk kami mengorak langkah memberanikan diri memperkembangkan lagi minat dan kecintaan terhadap seni fotografi ni dengan mengambil perkhidmatan sebagai jurugambar perkahwinan. Walaupun kami tidak belajar secara formal di pusat2 pengajian tetapi minat dan kecintaan itu mengatasi segala.

Abg pula tak jemu2 memuat turun pelbagai info, cara2 yg menarik dan teknik2 yg lebih baik utk mengambil gambar dari pelbagai konsep tak kira dari barat mahupun jurugambar di Malaysia sendiri. Dari situ kami mula berusaha menambah ilmu dan memperbaiki kelemahan.
Melihatkan pelbagai editing yg menarik terdapat di dalam website2 ikon kami di fotopages...kami juga tidak mahu ketinggalan dan belajar menggunakan software2 editing yg terbaik yg ada di photoshop.Alhamdulillah, syukur..rezeki anak2 juga.
Hasil kami yg pertama ni ternyata disenangi juga oleh tokey sebuah kedai gambar kat Kamunting ni. Dia juga turut memanjangkan permintaan photog perkahwinan yg dtg di kedainya itu kepada kami ketika dia telah mempunyai janji tugasan pada tarikh yg sama.

1 comment: