Friday, December 31, 2010

Outdoor Dalila & Amir

Penggambaran luar pintu ni diadakan di dua lokasi..iaitu di Taman Tasik Kamunting & sekitar Bukit Merah.


*Usah lepaskan peluang menggunakan perkhidmatan fotografi kami.

Wednesday, December 29, 2010

Majlis Persandingan Dalila & Amir

20hb November 2010,
Bukit Merah.


*Usah lepaskan peluang menggunakan perkhidmatan fotografi kami.

Tuesday, December 28, 2010

Majlis Pernikahan Dalila & Amir

18hb November 2010
Masjid Kubu Gajah, Bukit Merah

Alhamdulillah..majlis pernikahan yg berlangsung sehari selepas AidilAdha 1431H ni berjalan dgn lancar dan telah selamat segalanya.
Bertuah betul Dalila dan Amir kerana menjadi pengantin yg pertama dinikahkan di masjid baru di Kg. Kubu Gajah, Bukit Merah tu..hehe.

Dah sampai kat umah pengantin...apalagi...kitorang pun soh dorang berposing kat dlm bilik, hehe..
Utk kenang-kenangan ngan baju nikah, kan...ngee..


Semoga kalian berbahagia sehingga ke syurga, InsyaAllah.


*Usah lepaskan peluang menggunakan perkhidmatan fotografi kami.

Friday, December 24, 2010

Outdoor 5th Anniversary Aida & Nizam - Part 2

Kali ni...outdoor Aida & Nizam berpakaian pengantin, gitu...
Menggamit kembali kenangan terindah mereka sewaktu jd pengantin baru dulu, hehe..

Penggambaran berlangsung di waktu pagi sbb takut petang ujan.
Maklum laa..masa tu kan dh mula musim ujan, ngee..

Alhamdulillah, makin lama...mereka berdua makin selesa di depan lensa kamera kami.

Kepada Aida & Nizam;
Semoga..kalian berdua terus berbahagia dan dimurahkan rezeki. Amin.
Terima kasih kerana memilih perkhidmatan fotografi kami.
Ada rezeki...semoga kita bertemu lagi.

*Usah lepaskan peluang menggunakan perkhidmatan fotografi kami.

Thursday, December 23, 2010

Outdoor 5th Anniversary Aida & Nizam - Part 1

Alhamdulillah, dpt gak curi2 masa utk apdet blog ni...
Mula2 taruk gambar outdoor Aida dan Nizam sempena 5th anniversary perkahwinan mereka.
Yang ni utk sesi dorang berpakaian kasual, hehe..

Berlangsung di sekitar Taman Tasik Taiping dan kuari batu di Kamunting pd 14hb November 2010 yg lalu.



*Usah lepaskan peluang menggunakan perkhidmatan fotografi kami.

Wednesday, November 10, 2010

Alahaii..

Sebenarnya dalam tempoh cuti persekolahan hujung tahun 2010 bakal menjelma ni, kitorang plan nak luangkan 2x hujung minggu utk berehat dan melayan karenah anak2 gi berjalan2 sambil2 menyelesaikan editing gambar2 utk majlis terdahulu. Sian pulak kat anak2. Dorang cuti sekolah tp kitorang sebok pulak. Tak mau laa anak2 rasa terabai.

Tp, tadi tiba2 ada yg kol...cari jurufoto last minute utk satu tarikh yg kitorang dh space tu. Kesian pulak kat pengantin tu sekiranya kitorang menolak. Harapan orang. Ye la..majlis dh tak sampai sebulan nak berlangsung. Mana laa nak jumpa dh jurufoto yg free waktu 'peak' cenggitu, hmm. Aku ni bkn apa..membayangkan kalo aku yg berada kat tempat bakal pengantin tu. Mau tak mengelabah. Mgkn ada sebab musabab yg kukuh kenapa dorang baru nak cari jurufoto utk majlis dorang. Faham2 je laa. Nak kawen ni bkn sikit2 duit nak kena keluar.

Akhirnya, kitorang ni pun terima laa jugak job ni. Bkn pe..kita bekerja bukan utk cari rezeki semata-mata tetapi perlu juga sifat2 bertolak-ansur kerana hari ini hari mereka memerlukan pertolongan kita. Mana tau, dengan menggembirakan orang..kita dimurahkan rezeki lagi dan lagi dan lagi.....InsyaAllah.

Baki yg perlu FF PhotoFX (InaldaFoto) lunaskan dgn sebaik2nya sepanjang cuti sekolah hujung tahun 2010.

14 Nov 2010 - Aida; outdoor photoshoot (anniversary) - Taiping.
18 & 20 Nov 2010 - Dalila; nikah & sanding - Bukit Merah
21 Nov 2010 - Adam& Arey; sanding - Semanggol
27 Nov 2010 - Majlis Sanding - Kg. Pinang
28 Nov 2010 - Majlis Sanding - Air Kuning, Taiping
04 Dis 2010 - Majlis Sanding - Batu Kurau
18 Dis 2010 - Intan; Majlis Menyambut, Taman Indah Jaya, Batu 10, Taiping
19 Dis 2010 - Wan & Farida; Taman Kota Jaya, Simpang, Tpg.
24 & 25 Dis 2010 - Hamidah & Shafarin; Nikah & sanding - Kg. Setia, Kamunting, Taiping
26 Dis 2010 - Shafarin & Hamidah; Kubu Gajah, Selama, Perak


Mohon padaMu,
Semoga kami diberi kesihatan yg baik utk menunaikan tanggungjawab tersebut dgn sebaik2nya. Moga selamat dan sejahtera segalanya,
Amin.

Thursday, November 4, 2010

Ayuh bersama kami utk abadikan 1001 Kenangan..

Untuk makluman kepada bakal2 pengantin pada 2011...perkhidmatan kami boleh lah ditempah mulai sekarang. InsyaAllah, kami cuba sehabis baik utk menjalankan tanggungjawab yg digalas tersebut.

*Hadiah misteri disediakan bagi tempahan awal untuk majlis yg berlangsung pada Januari sehingga Jun 2011.


Kami juga menyediakan pakej outdoor utk pre wedding, anniversary dan event yg lain dengan harga yg berpatutan.

Bersedialah utk outdoor bersama kami dengan keseronokan yg berganda, ngee.


Abadikan detik-detik indah anda bersama kami. Kami menawarkan perkhidmatan yg mesra dan berkualiti dengan harga yg sangat berpatutan.
Hubungi kami utk pertanyaan pakej yg disediakan serta tempahan perkhidmatan sekiranya berminat.

*Usah lepaskan peluang menggunakan perkhidmatan fotografi kami.

Sunday, October 31, 2010

Alhamdulillah

Perkhidmatan kami sebagai jurugambar rasmi (OP) telah pun penuh sepanjang cuti sekolah hujung tahun ini bermula 14hb November 2010.
Semoga Allah permudahkan pekerjaan kami ini dengan sehabis baik. Amin..

Untuk makluman kepada bakal2 pengantin pada 2011...perkhidmatan kami boleh lah ditempah mulai sekarang. InsyaAllah, kami cuba sehabis baik utk menjalankan tanggungjawab yg digalas tersebut.

Abadikan detik-detik indah anda bersama kami. Kami menawarkan perkhidmatan yg mesra dan berkualiti dengan harga yg sangat berpatutan.
Hubungi kami utk pertanyaan pakej yg disediakan serta tempahan perkhidmatan sekiranya berminat.

*Hadiah misteri disediakan bagi tempahan awal untuk majlis yg berlangsung pada Januari sehingga Jun 2011.

*Usah lepaskan peluang menggunakan perkhidmatan fotografi kami.

Tuesday, August 10, 2010

Outdoor Nurul & Syam - Taman Tasik Taiping

Ujan sudah mula reda.
Alhamdulillah, ada rezeki kitorang utk mengabadikan gambar pasangan pengantin ini di sekitar Lake Garden.
Peluang ini tidak kitorang sia-siakan.


Ramai rupa2nya pasangan RAJA SEHARI yg lain shooting kat sini lepas2 ujan dh reda. Mgkn dorang pun seperti kami menunggu ujan reda utk bergambar kat situ, hehe.


Usah lepaskan peluang menggunakan perkhidmatan fotografi kami;

Sunday, August 8, 2010

Outdoor Nurul & Syam - Muzium Perak

Petang tu, masa nak keluar gi outdoor..hujan telah turun agak lebat jugak laa.
Hati kitorang berdua mula gusar dh ni. Mana ler tempat nak cari utk outdoor??
Akhirnya, kitorang gi Muzium Perak aje laa.

Kalo lepas2 tu cuaca mengizinkan..baru kitorang akan ke tujuan asal iaitu di sekitar Taman Tasik Taiping.


Indoor ada gak 2-3 foto, hehe.
Pakcik Guard pun dh bg lampu hijau...siap mencadangkan lagi tempat2 menarik utk shoot gambo pengantin kat dalam tu, hehe. Kitorang pun tak lepaskan ler peluang keemasan tu, ngee.


Alhamdulillah, walaupun ujan..segalanya berjalan dgn baik.
Tatkala hati kitorang masih meronta2 utk abadikan gambar pasangan tersebut di kehijauan alam Taman Tasik..Alhamdulillah, ujan sudah renyai2.

Ikuti sedikit sebanyak gambar2 outdoor Nurul & Syam pada n3 selepas ni..hehe..