Lokasi; GSL Water S/B, Gunung Semanggol
Tarikh; 31.10.2009
Ni tempat keje abg. Kompeni ni wat sambutan 20thn. Diorang wat majlis makan2 dan menjemput keluarga2 staff, penduduk2 kampung, AJK2 JKKK, LAP, posmen2, kontraktor2 dan mcm2 ler.
Ada acara sampingan hari tu...iaitu Majlis Persandingan Jamil..salah sorang staff yg telah pun melangsungkan pernikahan beberapa minggu sebelum tu. Ada ler pelamin kat lobby ofis tu, hehe..Beruntung betul Jamil.
Kiranya aku gi sana ri tu nak gi makan jer ler. Kamera tak lupa tau!! hehe..Utk masuk blog, ngee.
Tapi baru aje aku tutup pagar rumah tiba2 abg dpt kol dari Mr. Amin mengatakan bos soh abg amek gambar di sekitar majlis tersebut berlangsung. Dah siap album...leh claim!!! huhu..rezeki woo.
Aku pun masuk umah balik utk amek speedlight..sebab tadi aku amek kamera aje. Speedlight tinggal pasal malas nak beradun sgt, hehe. Tp disebabkan org nak bayar..kena ler wat betul2, ngeh!!
Majlis mmg meriah. Dorang sewa set karaoke Dollah yg juga staff situ, hehe. Ramai yg dtg..mai mcm makan kenduri ler pasal ada nasik minyak, bihun sup, mee kuah...
Yg penting ada pengantin lak tu, huhu. Bkn senang sesebuah kompeni nak wat sambutan perkahwinan staff dorang, kan..
No comments:
Post a Comment