Saturday, March 2, 2013

Contoh susunan album sticky

Hari ni....Inaldafoto nk kongsikan pula cara2 susunan gambar di dalam album sticky kami.
Kami tidak menyusun gambar dengan cara menyenget. Walaupun ia nampak kreatif tetapi bagi kami ia seperti menyusahkan pelanggan serta ahli keluarga, sanak saudara dan rakan2 mereka yg turut berkongsi utk melihat gambar2 yg telah disimpan di dalam album ini. 
Namun, tidak perlu menyengetkan kepala utk melihat gambar2 yg telah disusun dalam album sticky kami, hehe...

Kami susun ikut cerita. Bermula dari majlis akad nikah, sesi tatarias utk majlis persandingan (jika ada), suasana majlis, ketibaan pengantin, majlis persandingan, renjis merenjis (jika ada), santapan, bergambar ramai2 bersama ayah bonda, adik-beradik, rakan2, sanak saudara...sehinggalah ke sesi bergambar yg perlu beraksi berdua di pelamin, di dalam kamar pengantin serta sesi luar pintu (outdoor)..
Ada yg disusun 5 keping dlm satu mukasurat...
Ada yg disusun 4 keping....
Ada yg cuma disusun 3 keping.. Di samping mengikut cerita dlm majlis tersebut....jumlah gambar utk satu-satu mukasurat juga bergantung pada jumlah gambar dalam setiap pakej yg diambil.
Walaupun gambar semua disusun tegak tepat seperti mukasurat album tetapi cara2 susunan tetap dipelbagai.
4 keping...
3 keping utk satu mukasurat...
Ini juga...
Semua dalam entry ini menunjukkan cara2 susunan Inaldafoto utk album sticky kami.
Di bawah ini pula adalah foto yg telah siap dibingkaikan menggunakan frame kayu simple tapi smart yg berkualiti.

Di bawah ini pula adalah album sticky yg digunakan utk Pakej Coral dan Ruby...
Pilihan album adalah ikut stok kedai album yg kami gi beli tu. Kekadang album pvc sebegini...kekadang ada album pvc yg berukir2...ikut stok dari kedai lah, kan..
Ini album pvc yg berkualiti..tak licin apabila dipegang...
Album sticky, vcd @ dvd, serta 2x @ 3x foto 8x12 yg telah dibingkaikan akan diletak di dalam GREEN BAG ini bagi memudahkan penyerahan kepada pelanggan.
Ni adalah contoh GREEN BAG yg diisi dgn album sticky,  gambar yg dibingkaikan dan vcd @ dvd . Selalunya kami gunakan  GREEN BAG dari PASARAYAku sebab setiap RM1 dari pembelian beg ni akan didermakan kepada Rumah Anak Yatim dan Golongan OKU yg dipilih oleh pasaraya tersebut. Sama2 beramal.
Nota:-
~Kredit utk Azirazif yg kami guna gambarnya utk entry ini...Terima kasih...


Abadikan detik-detik indah anda bersama kami.
Kami menawarkan perkhidmatan yg mesra dan berkualiti dengan harga yg sangat berpatutan.
Hubungi kami utk pertanyaan pakej yg disediakan serta tempahan perkhidmatan sekiranya berminat; inaldafoto@gmail.com
atau sms/kol; 012 6144821