Wednesday, March 24, 2010

Merahnya mak ngahhhhh..

Lokasi; Kg. Pak Dolah, Kamunting
Tarikh; 07.03.2010

Dh lama jugak blog ni takde N3 baru. Sebok tahap kesatria baja itamm, hoho..

Pengantin ni mmg berseri mengenakan pakaian persandingan kaler merah nak merun2...hehe. Terserlah naik seri merah tu ke wajah dorang.
Pakej baju, andaman dan pelamin dorang amek kat Nieda. Cantik hasil solekan dari Nieda ni.


Job tangkap gambar ni pulak kitorang dpt dari kak Zalina, hehe..


Semoga pengantin berpuashati laa dgn perkhidmatan dan hasil dari kitorang. Bkn apa...mende ni adalah utk jangkamasa yg panjang. Bila mereka berpuashati...kawan2 sekerja atau saudara mara dorang mgkn dgn senang hati akan menggunakan perkhidmatan kitorang utk majlis mereka nanti.

Suasana kat majlis Zila dan Suhaimi ni mmg meriah. Dpt lak dj dorang ni (dari AMZ Entertainment) yg telah mengendalikan aturcara majlis utk raja sehari ni dgn baik sekali. Tuan umah tak perlu susah payah. Dj2 ni ler yg mewakili tuan umah utk agenda2 pengantin. Tuan umah cuma perlu melayan tetamu aje.

Kerjasama yg baik dari pengantin dan keluarganya sangat kami hargai.


Friday, March 19, 2010

Meneka di dalam kesamaran..

Hehe..takde kena mengena ngan tajuk pun.
Saja aje.

Hmm..balik2 pengantin yg sama aku taruk sini. Takpe ler..pengantin ni pun sama cantik sama padan.
Lgpun, kitorang bkn byk sgt dpt job kencang mcm para photog yg lain. Kitorang ni projek2 ikan bilis aje. Jadi ler, kan. Ikan bilis goreng makan ngan nasik goreng kampung mmg sodap!! haha..

Alhamdulillah ler. Setiap kali musim cuti sekolah yg jugak musim org kawen ni kan...ada gak ler yang cari. Dapat ler pojek satu dua, syukur.

Awal Mac ari tu ada pojek kat Kg. Pak Dolah. Gambar dh gi print. Sat lagi nak gi amek ler. Esok leh ler serah album. Semoga sukses, Amin.
Lepas2 ni leh ler tayang bbrp foto dorang pulak kat INaLdaFoto..hehe.

Skang ni tgh ngedit gambo pengantin kat Tg. Piandang minggu lepas. Harap2 sukses gak ler.


Wednesday, March 17, 2010

Sekadar mengemaskini..

Seperti tajuknya..mmg N3 ni utk apdet aje.
Sebok betul...


Baru2 ni pun sempat gak laa balik Bentong, hehe..
Dpt 3 hari pun jadi ler. Pasal keje byk nak kena langsaikan.


Monday, March 8, 2010

Testing 1, 2, 3...

Selepas keluar aje kitorang dari kedai Lam Loong, Sabtu hari tu..terus aje kitorang ke arah lake garden utk test power D90 ni, haha..
Mmg D90 ni berat sket dari D60 tp hasilnya lebih diutamakan, ngee..

Kedua-dua foto di atas ini adalah gambar ori dari D90...
Takde edit apa2 melainkan taruk signature inaldafoto tu aje, hehe..

Yang ni pulak setelah editing dengan hanya menggunakan shadows/highlights di ACDsee Pro 2.
Tu belum lg abg menggunakan kreativiti dia kat CS3..hmm..

Tp bg aku...gambar2 cenggini tak perlu editing lebih2. Sebab hasil dari D90 pun dh sgt menarik.

Sunday, March 7, 2010

Akhirnya....

06.03.2010
Sabtu
Kedai Gambar Lam Loong, Jln Panggung Wayang....Taiping.

Alhamdulillah, akhirnya kitorang berjaya memiliki sebuah gadjet yg terbaru semalam. Dibeli di kedai Lam Loong, Taiping dgn ofer price RM3,999.00. Leh ler...harga D90 ni pun dh turun dh sebab persaingan dslr di pasaran skang ni makin dasat.

Camne kitorang leh nekad beli D90??
Sebenarnya, kat Dewan MPT Taiping ada PC Fair 5-7 Mac 2010.
Kitorang gi masuk PC Fair lepas hantar anak2 ke kelas taekwando Jumaat hari tu.

Kedai Gambar Lam Loong pun ada bukak booth kat sana. Tp lebih ke arah mempromosikan dslr Canon. Kitorang ni bkn anti Canon tp disebabkan gadjet pertama kitorang pun dh Nikon D60, lense 55-200mm dan 50mm pun Nikon..jadi adalah lebih baik kitorang mendapatkan gajet terbaru dari Nikon gak. Boleh ler tukar2 lens. Tak ler membazir, hehe..

Disebabkan harga yg ditawarkan tu sgt mengujakan...maka kitorang pun teruja utk memilikinya yg sememangnya sudah dlm perancangan.

Akhirnya, keesokan harinya...kitorang pun gi ler ke Kedai Lam Loong terus. Lagi senang.

Hmm..kat kedai dia segala service adalah lebih tenang dan selesa. Leh duduk elok2, belek2 dgn tenang.
Takde ler kelam kabut mcm kat booth di dewan.

Kitorang bkn saja dpt barang2 seperti di atas dlm kotak kamera kit tu...tp juga ada hood, tau!!
Tak yah dh beli hood, ngee.
Dpt free tripod pendek satu, dpt memory kad 4gb dan sebuah beg Nikon dslr. Tp disebabkan tokey dia terlupa nak bawak hadiah beg yg sepatutnya dari main office dia..staff dia gi amek beg lain yg lg best sebagai hadiah, ngee. Syiok betul.

Menggunakannya mmg mengujakan. Sgt best.

Bagi jurugambar projek ikan2 bilis mcm kitorang ni..D90 adalah yg terbaik. Serba lengkap. Tak perlu tambah apa2 dh.

Nak beli D3's tu...ishk....idak ler kot lagi. Sebab, perkhidmatan kitorang ni selalunya diperlukan oleh golongan sederhana yg teringin utk photog dlm majlis perkahwinan dorang...tp tak mampu utk pakej mahal2 yg terdapat dlm pasaran.
Kitorang pun senang dan seronok melakukan tugas2 ni dan cuba sedaya upaya menghasilkan kualiti hampir sebaik jurugambar profesional walaupun tidak laa 100% sebagus mereka. Maklum ler..kamera dorang dasat2. Lg pulak, dorang dh lama berkecimpung dlm bidang ni.

Bila dh ada gadjet terbaru ni...maka dgn rasminya abg telah menggunakannya ketika menjalankan tugas di majlis Zila dan Suhaimi di Kg. Pak Dolah siang td.

Alhamdulillah, segala tugas berjalan sgt lancar dan lebih mudah dgn adanya D90 ni. Segala hasilnya tidak perlu dibimbangkan. Cuma kena ler jaga baik2 gajet ni, ngee. Modal pun tak dpt lagi ni, haha..

Bila dah ada D90 ni...maka abg gunakannya sebagai kamera utama.
Yang aku pulak guna D60 dgn lense 55-200mm utk gambar2 moment dan kandid.

Bila aku menjadi tukang tangkap gambar di majlis yg sama...tidak bermakna pula kitorang akan mengenakan bayaran tambahan. Ianya sekadar gandingan. Bayaran pakejnya tetap sama.
Tambahan pulak...perkhidmatan kitorang ni selalunya di kawasan2 kampung. Jadi, byk moment menarik yg akan rugi jika tidak dirakamkan.

InsyaAllah, minggu dpn kitorang ke Tg. Piandang pulak. Ke kawasan sawah padi...yeargh!!! Semoga ianya juga dpt dilaksanakan dgn jayanya, Amin.

Jadi, kepada yg berminat dgn perkhidmatan kami...dialu-alukan menghubungi kami utk sebarang pertanyaan. Terima kasih.

Friday, March 5, 2010

Musim luruh itu....

Haa...lagi satu pengalaman yg sgt berharga yg nak aku kongsikan kat sini...
Ketika itu..musim daun getah luruh.
Uii..teruja betul kitorang nak menembak kat sini.
Kalo tak wat hari tu..mesti balik termimpi-mimpi, hehe..

Alhamdulillah, segalanya berjalan ngan lancar.
Kitorang redah je ntah kebun getah sape ntah.
Tp masa tgh menembak2 tu...ada ler sorang nenek ngan cucunya berdiri kat luar kebun getah tu ngan parang panjang sambil buat2 mencantas daun pokok pisang, ngee..
Tp kitorang tau..nenek tu tak berbahaya. Dia cuma nak cover line aje tu sebab nak tengok adegan tembak-menembak foto pengantin kat kebun getah dia.
Umah nenek tu pun kat seberang jalan kebun getah tu aje..hehe. Penduduk kampung tu baik2 belaka..

Masa dh habis menembak...kitorang pun pergi kat nenek tu dan ucapkan terima kasih sebab kitorang guna keindahan di kebun getah dia utk mengabadikan foto pengantin ini..hehe..
Aku rasa...mesti nenek tu bangga sebab gunakan kebun getah dia utk foto pengantin, ngee. Ye ler..nenek tu pun tersenyum2...kembang kempis idung dia masa kitorang ucapkan tima kasih tu, hehe..(Memandai aje ler ALoNa ni)


Thursday, March 4, 2010

Bersiar-siar di anak sungai..

Menjalankan tugas di Kg. Makmur, Pantai Besar ni satu pengalaman yg sgt berharga. Apa tidaknya...kat sana mempunyai byk tempat2 menarik utk 'tembakan luar pintu', hehe.
Ada kawasan kolam ikan, ada anak sungai yg 'berpantai', ada pokok pinang tinggi-tinggi..
Alhamdulillah, kecantikan alam semulajadi ni telah melancarkan sesi fotografi ni.



Wednesday, March 3, 2010

Outdoor di kolam ikan..

14.02.2010
Pantai Besar, Batu Kurau..





Monday, March 1, 2010

Gunung Lang..

Mmg cantik pemandangan di Taman Rekreasi Gunung Lang ni.
Kalo kitorang dpt ler job kat Ipoh..rasanya..mesti bawak pengantin outdoor kat sini jika cuaca mengizinkan, hehe..
Mmg cantik sunggoh..


Alhamdulillah, album foto utk job CNY ari tu dh diserahkan kat mak andam.
Hmm..bila citer pasal dpt job dari mak andam ni...rasanya aku akan bukak citer pasal ni nanti. Tgk ler tatkala lapang nanti, leh ler aku taip...hehe..

Ujung minggu ni, InsyaAllah ada job kat Kg. Pak Dolah.
Awal cuti sekolah bln Mac ni pulak kat Tanjong Piandang...
Awal cuti sekolah bln Jun pun baru aje diberi deposit oleh bakal pengantin..InsyaAllah, kitorang akan buat sehabis baik.
Alhamdulillah, rezeki kami dan anak2..