Sunday, January 24, 2010

Sedang ditatarias???

Kali ni pulak aku nak citer pasal pengalaman mengambil gambar ketika pengantin perempuan ditatarias ataupun dimekapkan..

Mmg seronok jika dpt snap foto ketika pengantin sedang dimekapkan ni sebagai salah satu isi kandungan album foto perkahwinan..
Nak merealisasikan kerja2 ni...kitorang kena ler bertanyakan kepada pengantin pukul berapa dia akan dimekapkan oleh jurumekap/ mak andam.
Jadi, kitorang pun pegi ler awal serta mengambil shot2 yg menarik utk dipilih ketika print nanti.


Selama amek job OP ni..Alhamdulillah ler..kitorang jumpa hanya jurumekap/mak andam yg baik2 belaka. Jenis tak kesah langsung ngan kitorang sebagai jurukamera luar (yg bukan dari butik andaman diorang sendiri) snap gambar masa diorang tengah wat keje.

Semoga akan2 dtg pun tak perlu ler terjumpa spesis kerek2.
Jenoh jugak nak bermuka tebal bila dah tau org tak suka, kan?? hehe..
Pasalnya kitorang dh penah dgr citer pengalaman kureng best antara jurumekap/mak andam dengan OP yg bkn dari butik andaman diorang. Tp aku tak mau ler kongsikan citer tu kat sini. Pasal tu citer dari OP lain. Kang ada pulak jurumekap/ mak andam yg terloncat baca citer aku tu, hehe. Ampunnn...ngee..
Pasal citer ni hanya terjadi pada segelintir kes aje, huhu.

Album foto perkahwinan yg kitorang handle ni mmg padat ngan pelbagai sesi majlis. Semuanya utk nostalgia pengantin selamanya, InsyaAllah.


Nota tambahan;
Jurumekap yg sedang mekapkan pengantin dlm gambar N3 aku kali ni...mmg klass!!!

1 comment:

  1. tq.. kerana dah link kan blog photo abeli disini.. abeli dah link kan inaldafoto di blog abeli... abeli dapat 3 job pada.6hb jun 2010.. satu abeli dah ambil di pengkalan chepa kelantan 3roll..jauh tu.. 7 jam perjalan pergi dari jerantut.. satu lagi di temerloh pahang.. abeli dah bagi kat.. member...satu lagi d jerantut.. 2roll je.. tgh pening nk cari camera men ni.. kalau alona dekat.. abeli bagi alona..lagi pun 2roll je.. kat sini 2roll rm450. pakage dia 1xalbum 13x13 biasa-(beli kedai apek)2kpg grafik 8x12 dan 80 kpg 4x6 @ 4r. kalau dia org nak abum mockup kena ambil 3roll keatas.. kalau 2roll nak album mockup juga kena tambah rm100... kat sana tentu best kan jadi photografer... hebat lagi pada tempat abeli.. kat sini abeli bergerak sorang je.. cuma kekadang mintak tolong LOXX STUDIO..ABG LOKMAN

    ReplyDelete