Sunday, March 7, 2010

Akhirnya....

06.03.2010
Sabtu
Kedai Gambar Lam Loong, Jln Panggung Wayang....Taiping.

Alhamdulillah, akhirnya kitorang berjaya memiliki sebuah gadjet yg terbaru semalam. Dibeli di kedai Lam Loong, Taiping dgn ofer price RM3,999.00. Leh ler...harga D90 ni pun dh turun dh sebab persaingan dslr di pasaran skang ni makin dasat.

Camne kitorang leh nekad beli D90??
Sebenarnya, kat Dewan MPT Taiping ada PC Fair 5-7 Mac 2010.
Kitorang gi masuk PC Fair lepas hantar anak2 ke kelas taekwando Jumaat hari tu.

Kedai Gambar Lam Loong pun ada bukak booth kat sana. Tp lebih ke arah mempromosikan dslr Canon. Kitorang ni bkn anti Canon tp disebabkan gadjet pertama kitorang pun dh Nikon D60, lense 55-200mm dan 50mm pun Nikon..jadi adalah lebih baik kitorang mendapatkan gajet terbaru dari Nikon gak. Boleh ler tukar2 lens. Tak ler membazir, hehe..

Disebabkan harga yg ditawarkan tu sgt mengujakan...maka kitorang pun teruja utk memilikinya yg sememangnya sudah dlm perancangan.

Akhirnya, keesokan harinya...kitorang pun gi ler ke Kedai Lam Loong terus. Lagi senang.

Hmm..kat kedai dia segala service adalah lebih tenang dan selesa. Leh duduk elok2, belek2 dgn tenang.
Takde ler kelam kabut mcm kat booth di dewan.

Kitorang bkn saja dpt barang2 seperti di atas dlm kotak kamera kit tu...tp juga ada hood, tau!!
Tak yah dh beli hood, ngee.
Dpt free tripod pendek satu, dpt memory kad 4gb dan sebuah beg Nikon dslr. Tp disebabkan tokey dia terlupa nak bawak hadiah beg yg sepatutnya dari main office dia..staff dia gi amek beg lain yg lg best sebagai hadiah, ngee. Syiok betul.

Menggunakannya mmg mengujakan. Sgt best.

Bagi jurugambar projek ikan2 bilis mcm kitorang ni..D90 adalah yg terbaik. Serba lengkap. Tak perlu tambah apa2 dh.

Nak beli D3's tu...ishk....idak ler kot lagi. Sebab, perkhidmatan kitorang ni selalunya diperlukan oleh golongan sederhana yg teringin utk photog dlm majlis perkahwinan dorang...tp tak mampu utk pakej mahal2 yg terdapat dlm pasaran.
Kitorang pun senang dan seronok melakukan tugas2 ni dan cuba sedaya upaya menghasilkan kualiti hampir sebaik jurugambar profesional walaupun tidak laa 100% sebagus mereka. Maklum ler..kamera dorang dasat2. Lg pulak, dorang dh lama berkecimpung dlm bidang ni.

Bila dh ada gadjet terbaru ni...maka dgn rasminya abg telah menggunakannya ketika menjalankan tugas di majlis Zila dan Suhaimi di Kg. Pak Dolah siang td.

Alhamdulillah, segala tugas berjalan sgt lancar dan lebih mudah dgn adanya D90 ni. Segala hasilnya tidak perlu dibimbangkan. Cuma kena ler jaga baik2 gajet ni, ngee. Modal pun tak dpt lagi ni, haha..

Bila dah ada D90 ni...maka abg gunakannya sebagai kamera utama.
Yang aku pulak guna D60 dgn lense 55-200mm utk gambar2 moment dan kandid.

Bila aku menjadi tukang tangkap gambar di majlis yg sama...tidak bermakna pula kitorang akan mengenakan bayaran tambahan. Ianya sekadar gandingan. Bayaran pakejnya tetap sama.
Tambahan pulak...perkhidmatan kitorang ni selalunya di kawasan2 kampung. Jadi, byk moment menarik yg akan rugi jika tidak dirakamkan.

InsyaAllah, minggu dpn kitorang ke Tg. Piandang pulak. Ke kawasan sawah padi...yeargh!!! Semoga ianya juga dpt dilaksanakan dgn jayanya, Amin.

Jadi, kepada yg berminat dgn perkhidmatan kami...dialu-alukan menghubungi kami utk sebarang pertanyaan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment