Thursday, July 15, 2010

Majlis Pernikahan Maton & Fairuz

06.06.2010
Masjid Pondok Tanjung.
Pagi.....

Alhamdulillah, majlis telah berlangsung dgn lancar. Tok Kadi yg sama ngan Aishah & Musa enam bulan yg lalu, hehe..

Tetapi diakadkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri.



Sunday, July 4, 2010

Arey & Adam di Lake Town

Lepas puas hati dgn kehijauan sawah padi...kitorang pun gi ler ke Bukit Merah Lake Town Resort utk memenuhi permintaan pengantin sendiri.
Kitorang no hal..ok jerk!! Mmg seronok ler kalo foto2 ada elemen air dan awan, hehe..

Bergambar di lake town ketika cuti sekolah ni...mmg happening ler. En. Badut pun dtg mengusik pengantin, hehe.
Pengunjung mmg ramai waktu tu. Dorang pun spoting. Ada jugak yg siap berdiri tepi2 tu utk tgk, hehe. Nasib baik ler Adam ngan Arey ni mmg jenis selamba betul, hoho. Semuanya berjalan ngan lancar walaupun panas terik, hmm.

Friday, July 2, 2010

Arey & Adam di sawah padi..

Hmm...dh lepas Adam babai family dia yg nak balik tu...kitorang pun ajak dorang gi posing kat sawah padi menghijau milik mak Arey kat belakang umah diorang je.

Respon dari makcik2 kat situ...sgt best. Sebab dorang pun sgt bangga bila sawah padi menjadi pilihan kitorang utk diabadikan dlm gambar pasangan pengantin kiut ni, hehe.


Thursday, July 1, 2010

Majlis Pernikahan Arey & Adam

05 Jun 2010'
Lokasi; 05 Jun 2010

Alhamdulillah, menjadi rezeki kitorang utk amek photog sepanjang majlis pernikahan mereka hari tu. Sepatutnya, majlis ini dijadualkan pada 06hb tetapi disebabkan Tok Kadi mempunyai hal yg tidak dapat dielakkan...maka pihak keluarga pengantin awalkan sehari majlis tersebut bersama 6 pasangan pengantin yg lain. Majlis akad nikah tersebut berlangsung di Masjid Semanggol.

Selesai selamat diijabkabulkan...kitorang ke umah pengantin pempuan utk majlis selanjutnya.

Psst; masakan dan hidangan sgt maveles...hahaha. Masakan kampung, pergh!!


Thursday, May 13, 2010

Segar di pagi itu....

Outing di kaki Bukit Larut.
Berpeluhnya mcm berjogging gak..hehe..
Habis segala ceruk kitorang redah kat area situ, ngee..

Sekian....


Monday, May 10, 2010

Event

Bridal Fair yg telah berlangsung di SSL Traders Hotel, Kamunting.



Wednesday, April 7, 2010

Lagi tugas di Tg. Piandang

14 Mac 2010
Tg. Piandang

Alhamdulillah, segalanya berjalan dgn lancar walaupun ketika itu cuaca sangat terik.
Sebenarnya pengantin ni amek utk majlis sanding aje. Tp kitorang sj gi awal utk amek majlis akad nikah sekali sebab diadakan pada pagi hari yg sama utk majlis persandingan mereka. Sekurang2nya..nampak ler gambar kitorang dlm album tu variasi ngan pelbagai acara. Orang yg melihat gambar tersebut pun akan puas hati. Kami mementingkan kepuasan pelanggan. Bukan terlalu mengikut syarat2 masa. Ye laa...perjalanan sesebuah majlis kenduri kawen ni..semuanya tertakluk pada tuan umah dan pengantin serta faktor sekeliling majlis seperti tetamu, cuaca dan sebagainya laa..

Masa sebelum sampai ke sini pd hari tersebut...kitorang dh berangan nak wat outdoor sket kat batas2 sawah padi yg menghijau. Tapi dlm perjalanan ke sana..kitorang dapati sawah padi semuanya sudah botak...kerana baru saja dituai.
Nampaknya...takde rezeki kitorang ler hari tu. Tambah2 pulak..rumah pengantin ni betul2 kat tengah2 sawah padi. Syok kan kalo bayangkan padi2 di sekeliling yg menghijau.

Wahida ni doktor rupanya. Bagus laa. Low profil orgnya. Manis pulak tu.

Job ni kitorang dpt kepercayaan dari Nieda Impressive, Kamunting.
Hasil mekap mmg cantik. Hiasan pelamin dan katil pengantin pun cantik...

Petang tu..kitorang balik sampai umah kul 5.30ptg. Abg rehat2 dulu. Aku pulak kemas barang2 sebab nak balik Bentong malam tu..hoho..