Wednesday, November 10, 2010

Alahaii..

Sebenarnya dalam tempoh cuti persekolahan hujung tahun 2010 bakal menjelma ni, kitorang plan nak luangkan 2x hujung minggu utk berehat dan melayan karenah anak2 gi berjalan2 sambil2 menyelesaikan editing gambar2 utk majlis terdahulu. Sian pulak kat anak2. Dorang cuti sekolah tp kitorang sebok pulak. Tak mau laa anak2 rasa terabai.

Tp, tadi tiba2 ada yg kol...cari jurufoto last minute utk satu tarikh yg kitorang dh space tu. Kesian pulak kat pengantin tu sekiranya kitorang menolak. Harapan orang. Ye la..majlis dh tak sampai sebulan nak berlangsung. Mana laa nak jumpa dh jurufoto yg free waktu 'peak' cenggitu, hmm. Aku ni bkn apa..membayangkan kalo aku yg berada kat tempat bakal pengantin tu. Mau tak mengelabah. Mgkn ada sebab musabab yg kukuh kenapa dorang baru nak cari jurufoto utk majlis dorang. Faham2 je laa. Nak kawen ni bkn sikit2 duit nak kena keluar.

Akhirnya, kitorang ni pun terima laa jugak job ni. Bkn pe..kita bekerja bukan utk cari rezeki semata-mata tetapi perlu juga sifat2 bertolak-ansur kerana hari ini hari mereka memerlukan pertolongan kita. Mana tau, dengan menggembirakan orang..kita dimurahkan rezeki lagi dan lagi dan lagi.....InsyaAllah.

Baki yg perlu FF PhotoFX (InaldaFoto) lunaskan dgn sebaik2nya sepanjang cuti sekolah hujung tahun 2010.

14 Nov 2010 - Aida; outdoor photoshoot (anniversary) - Taiping.
18 & 20 Nov 2010 - Dalila; nikah & sanding - Bukit Merah
21 Nov 2010 - Adam& Arey; sanding - Semanggol
27 Nov 2010 - Majlis Sanding - Kg. Pinang
28 Nov 2010 - Majlis Sanding - Air Kuning, Taiping
04 Dis 2010 - Majlis Sanding - Batu Kurau
18 Dis 2010 - Intan; Majlis Menyambut, Taman Indah Jaya, Batu 10, Taiping
19 Dis 2010 - Wan & Farida; Taman Kota Jaya, Simpang, Tpg.
24 & 25 Dis 2010 - Hamidah & Shafarin; Nikah & sanding - Kg. Setia, Kamunting, Taiping
26 Dis 2010 - Shafarin & Hamidah; Kubu Gajah, Selama, Perak


Mohon padaMu,
Semoga kami diberi kesihatan yg baik utk menunaikan tanggungjawab tersebut dgn sebaik2nya. Moga selamat dan sejahtera segalanya,
Amin.

Thursday, November 4, 2010

Ayuh bersama kami utk abadikan 1001 Kenangan..

Untuk makluman kepada bakal2 pengantin pada 2011...perkhidmatan kami boleh lah ditempah mulai sekarang. InsyaAllah, kami cuba sehabis baik utk menjalankan tanggungjawab yg digalas tersebut.

*Hadiah misteri disediakan bagi tempahan awal untuk majlis yg berlangsung pada Januari sehingga Jun 2011.


Kami juga menyediakan pakej outdoor utk pre wedding, anniversary dan event yg lain dengan harga yg berpatutan.

Bersedialah utk outdoor bersama kami dengan keseronokan yg berganda, ngee.


Abadikan detik-detik indah anda bersama kami. Kami menawarkan perkhidmatan yg mesra dan berkualiti dengan harga yg sangat berpatutan.
Hubungi kami utk pertanyaan pakej yg disediakan serta tempahan perkhidmatan sekiranya berminat.

*Usah lepaskan peluang menggunakan perkhidmatan fotografi kami.